PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di negeri Kedah dan juga Pulau Pinang.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, keadaan cuaca tidak menentu itu akan berlaku sehingga pukul 3 petang ini.
Katanya, seluruh negeri Pulau Pinang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat manakala bagi negeri Kedah pula melibatkan kawasan di Langkawi. – K! ONLINE