fbpx

Belanjawan Perak jadi pelengkap Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani.

LENGGONG – Belanjawan Perak 2022 yang bakal dibentangkan pada Disember ini akan menjadi pelengkap pada peruntukan yang disalurkan kerajaan Pusat kepada negeri dalam Bajet 2022 yang diumumkan semalam.

Intipati belanjawan telah dirangka dan dibincangkan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, namun sebarang keputusan masih belum dimuktamadkan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, ini kerana kerajaan negeri menantikan pengumuman bajet kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan.

“Kita telah ada rangka dan bincangkan isi bajet itu dalam mesyuarat Exco, namun ia belum dimuktamadkan lagi sebab kita mahu lihat dahulu bajet kerajaan Persekutuan.

“Apa yang mungkin kurang (peruntukan) yang kerajaan Persekutuan beri maka kita tampung pula pada peringkat negeri,” katanya ketika merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak di Dewan Merdeka Lenggong di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI