fbpx

Banjir kilat, kereta tenggelam di Pokok Sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan beberapa kenderaan terkandas di laluan ke Pekan Pokok Sena dari Jabi yang dinaiki air.

ALOR SETAR – Kawasan perumahan di beberapa buah kampung serta jalan di Jabi dan Pekan Pokok Sena dekat sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih dua jam, pada petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sejumlah rumah terletak di Kampung Machang Kurung terjejas dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.10 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Keadaan banjir kilat di Kampung Machang Kudung yang dinaiki air akibat hujan lebat pada petang tadi.

“Kita dapati lima buah rumah telah dimasuki air dan 11 mangsa daripada tiga keluarga terlibat dalam kejadian tersebut.

“Mereka dipindahkan sementara ke rumah jiran berhampiran selepas rumah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambahnya, laluan utama ke Pekan Pokok Sena turut dinaiki air berikutan air deras yang melalui Jabi ke pekan berkenaan selain turut menjejaskan beberapa buah kampung berdekatan.

“Setakat sekarang, operasi masih dijalankan dan jumlah sebenar mangsa serta kenderaan terperangkap masih belum diketahui,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI