fbpx

Arsenal lega trio kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menarik nafas lega apabila tiga pemainnya boleh diturunkan menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam ini.

Tiga tonggak The Gunners itu ialah dua pemain pertahanan, Ben White dan Kieran Tierney serta perancang tengah, Martin Odegaard sekali gus memberikan Arteta banyak pilihan dalam kesebelasan utama.

Kehadiran ketiga-tiga pemain itu sememangnya penting buat Arsenal yang kini masih belum tewas lapan perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak dimalukan Manchester City 0-5 pada 28 Ogos lalu.

“Odegaard dan Tierney mengalami dua kecederaan berbeza. Saya tidak turunkan mereka ketika menentang Leeds (pusingan keempat Piala Liga England) bagi memberikan fokus kepada proses pemulihan.

“Ben (White) pula tidak berasa selesa menyebabkan saya terpaksa mengeluarkannya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya berharap ketiga-tiga pemain ini kembali mencapai tahap kecergasan terbaik supaya kami dapat bersedia sepenuhnya menentang Leicester,” kata Arteta.

Bagaimanapun, Arteta, 39, berkemungkinan besar akan meletakkan Tierney di bangku simpanan terlebih dahulu dan memberi peluang kepada Nuno Tavares berdasarkan prestasi cemerlangnya sejak kebelakangan ini.

Sebagai rekod, kali terakhir The Gunners bertemu Leicester menyaksikan kemenangan menjadi milik kelab dari Utara London itu dengan keputusan 3-1 menerusi jaringan David Luiz, Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI