fbpx

Anak tidak sah taraf milik mutlak ibu – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ramai keliru dan kurang pengetahuan berkenaan hak penjagaan anak luar nikah apabila berlaku perebutan antara pihak lelaki dan wanita sehingga timbul perbalahan sesama mereka.

Menjawab persoalan tersebut, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, anak tidak sah taraf terbabit adalah hak milik mutlak wanita atau ibu yang mengandungkan anak terbabit.

Menurutnya, lelaki atau bapa biologi tidak mempunyai apa-apa hak ke atas anak luar nikah yang dikandung pasangannya walaupun mereka telah berkahwin.

“Dari segi undang-undang dan hukum syarak anak itu adalah 100 peratus milik ibunya. Walaupun mungkin suami tersebut sebelum berkahwin dialah yang memberi ‘benih’ yang menyebabkan wanita tersebut mengandung sebelum bernikah.

“Sekiranya anak tersebut lahir kurang dari enam bulan qamariah, selepas perkahwinan tersebut, lelaki itu tidak boleh dianggap sebagai bapa kepada anak tersebut dan dia hanya bapa biologi sahaja,”katanya di laman Facebook.

Tambah Fahmi, anak tidak sah taraf juga tidak boleh berbin atau berbinti bapa biologinya serta perlu berbin atau binti dengan nama-nama Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan nama-nama Allah yang lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bapa biologi ini tidak boleh dianggap bapa kandung dan sekiranya ada perebutan hak penjagaan, mahkamah tidak akan ‘memandang’ bapa tersebut walaupun anak tersebut dari benihnya.

“Anak tersebut juga tidak boleh mewarisi harta ‘bapa’nya, dia juga tidak perlu minta wali bapa apabila hendak berkahwin kerana tertakluk kepada wali hakim.

“Bapa biologi ini juga tidak mempunyai hak untuk melawat, bermesra ataupun bermalam bersama ‘anak’nya itu. Semua hak ini adalah hanya sah kepada bapa kandung sahaja,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI