fbpx

7,000 disasar kunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARNIVAL Deepavali Negeri Sembilan 2021 yang diadakan Jalan Dato' Lee Fong Yee, Seremban berlangsung meriah dan dihadiri ramai pengunjung yang mahu mendapatkan barangan keperluan untuk sambutan Deepavali minggu hadapan.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 7,000 orang disasar mengunjungi Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2021 yang diadakan di Jalan Dato’ Lee Fong Yee di sini sejak 25 Oktober lalu sehingga 3 November depan.

Bendahari Jawatankuasa karnival berkenaan, S. Sugumaran berkata, setakat ini kira-kira 2,000 sudah mengunjungi karnival tersebut dan berbaki lima hari menjelang perayaan Deepavali, bilangan individu yang hadir dijangka akan terus meningkat.

“Sejak karnival ini dibuka, setiap hari ia akan dipenuhi pengunjung yang hadir untuk membeli belah bagi mendapatkan barangan keperluan sempena Deepavali.

“Bahkan, ramai juga masyarakat India dari Lembah Klang juga datang ke sini untuk berbelanja seperti pakaian, kuih tradisional serta barngan aksesori perhiasan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya,  sebanyak 70 peniaga sahaja yang dibenar mengambil bahagian dalam karnival ini daripada 125 permohonan yang kami terima.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI