fbpx

63 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 63 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 28,832 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,835 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah (13), Sarawak (11), Selangor (8), Johor (7), Perak (7), Kedah (3), Kelantan (3), Pahang (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (3) dan Melaka (2) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 70,058 kes aktif melibatkan 54,090 kes dikuarantin di rumah, 9,453 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,948 kes di hospital, 267 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 300 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI