fbpx

Puas merayu, Maria Tunku Sabri akhirnya dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maria dibenarkan pulang ke rumah dari PKRC, Maeps selepas sembilan hari dirawat akibat Covid-19 varian Delta.

PETALING JAYA – Selepas sembilan hari dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, pengacara terkenal Maria Tunku Sabri akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Maria memberitahu dia diizinkan pulang ke rumah selepas puas merayu dengan doktor bertugas supaya dibenarkan meneruskan tempoh kuarantin di rumah.

“Alhamdulillah saya merayu pada doktor di Maeps kata saya nak balik rehat di rumah dan dapat kebenaran.

“Sekarang saya sudah berada di rumah syukur alhamdulillah. Doktor pun pesan supaya saya terus jaga diri di rumah,” katanya.

Pada hantaran sama, Maria atau nama sebenarnya Maria Tunku Sabri memberitahu, dia memilih untuk menjalani kuarantin di PKRC itu tanpa paksaan mana-mana pihak dan atas kerelaan sendiri.

“Saya sendiri yang pilih untuk kuarantin di PKRC, bukan sebab tak mampu nak duduk di hospital swasta.

“Ramai yang minta saya keluar dari Maeps dan pergi ke hospital swasta, lagipun saya ada niat sendiri untuk ke Maeps selain dapat muhasabah diri bersama pesakit lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu mendedahkan dia diserang virus Covid-19 varian Delta sebelum ditempatkan di Maeps sejak 19 Oktober lalu.

“Saya dijangkiti Covid-19 varian Delta. Saya masih batuk lagi sebab masih ada jangkitan kuman pada paru-paru dan darah saya,” katanya.

Terdahulu, bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad itu terpaksa dikejarkan ke PKRC, Maeps selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI