fbpx

PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU RIZ yang kini bergelar guru sementara di SMK Bandar Baru Sri Petaling bekerjasama dengan LUMOS Malaysia menyediakan kelengkapan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling bagi membantu proses pembelajaran pelajar.

PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Suami kepada selebriti Neelofa itu yang turut berperanan sebagai guru sementara di sekolah berkenaan mengakui gembira dan bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab murni tersebut.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.

“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI