fbpx

Tujuh wanita Thailand diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita Thailand yang diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor malam kelmarin. -Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang berperanan sebagai transporter ditahan bersama tujuh wanita warga Thailand dalam serbuan di sebuah premis di Permas Jaya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tujuh wanita yang ditahan berusia 22 hingga 37 tahun dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan eksploitasi seks.

Katanya, serbuan itu dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah JBS.

“Lelaki berusia 24 tahun itu  ditahan untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas sebuah beg tangan, telefon bimbit, kondom, tiga anak kunci, kad akses dan wang RM630,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek lelaki kini direman manakala tujuh wanita yang diselamatkan pula ditempatkan di rumah perlindungan sementara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI