fbpx

Malaysia kutuk Israel bina 3,000 rumah pendatang haram Yahudi di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel membina lebih 3,000 unit kediaman di kawasan diduduki secara haram di wilayah Palestin.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan negara Zionis itu memperluaskan penempatan haram termasuk di Baitulmaqdis Timur melanggar perundangan antarabangsa.

“Ia jelas mencabuli undang-undang sejagat di bawah Konvensyen Geneva Keempat berkaitan Perlindungan Orang Awam ketika Perang dimeterai pada 1949,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan biadab Israel itu mengingkari Resolusi 2334 diputuskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016.

Media antarabangsa semalam mendedahkan usaha angkuh rejim Tel Aviv meluluskan projek pembinaan 1,244 unit rumah dan meneruskan 1,800 unit lagi yang sebelumnya terbengkalai.

Tindakan bongkak Israel itu turut dikecam oleh Presiden Amerika Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta 12 negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Bahkan, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dilaporkan turut senada membantah projek perumahan haram tersebut ketika menelefon sendiri Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa bangkit menekan Israel agar membekukan cadangan penempatan para peneroka haram Yahudi itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI