fbpx

Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berdekatan Taman Alor Rela, Titi Haji Idris, petang tadi.

ALOR SETAR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan Taman Alor Rela, Titi Haji Idris di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.28 petang tadi, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Nazri Musa, 51, masih belum ditemui.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan operasi pencarian di permukaan sungai serta pemantauan dijalankan di sekitar lokasi pada petang tadi.

“Anggota bagaimanapun terpaksa menangguhkan operasi pencarian berikutan keadaan arus sungai yang deras dan hujan lebat pada pukul 9 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi akan disambung semula pada pagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI