fbpx

Kisah Mo Salah dalam buku teks sekolah di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara isi kandungan buku teks Bahasa Inggeris sekolah di Mesir yang telah memasukkan kisah Mo Salah di kurikulumnya.

PETALING JAYA – Kisah kerjaya dan inspirasi penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah telah ditambah ke dalam kurikulum kebangsaan, Mesir dan akan diajar di semua sekolah negara terbabit.

Menerusi satu perkongsian media tempatan negara itu MiddleEastMonitor, biografi Mohamed Salah atau lebih dikenali sebagai Mo Salah akan menjadi topik dalam buku teks bahasa Inggeris untuk sekolah rendah dan menengah di seluruh Mesir.

“Keinginan Salah untuk membantu orang lain adalah kerana dia ingin memberi peluang kepada orang muda untuk berjaya.

“Dia adalah contoh teladan bagi berjuta-juta rakyat Mesir yang memberinya nama samaran ‘pembuat kebahagiaan’,”kata petikan dari buku sekolah menengah terbabit.

Menurut media tempatan itu lagi, Penyertaan Mo Salah dalam kurikulum membolehkan dia menyertai novelis pemenang hadiah Nobel Naguib Mahfouz dan Ahmed Zewail (Mesir-Amerika) yang memenangi hadiah Nobel untuk kimia, dan pakar kardiologi yang berpangkalan di UK Sir Magdi Yacoub.

“Sejak Mo Salah pertama kali meninggalkan Mesir untuk menyertai kelab Switzerland Basel pada 2012, dia telah menderma berjuta-juta dolar kepada pembangunan sosial dan badan amal, dengan kampung asalnya Nagrig di Delta Nil di antara penerima manfaat utama.

“Yayasan Amal Mohamed Salah telah membiayai sekolah perempuan baharu, pusat rawatan air dan unit ambulans. Menurut National, penerima bantuan juga termasuk balu, anak yatim, warga emas, pesakit kanser, pelajar sekolah dan pelarian Syria,” ujarnya.

Selain itu, Mo Salah adalah contoh teladan bagi Mesir dan Afrika secara keseluruhan dan apa yang dia lakukan di dalam dan di luar padang adalah memberi inspirasi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI