fbpx

Kebenaran merayu Najib, Nazifuddin didengar pada 16 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat kebenaran merayu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pembayaran tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan didengar pada 16 Februari tahun depan.

Permohonan anaknya, Mohd. Nazifuddin untuk mengetepikan perintah agar membayar tunggakan cukai RM37.6 juta turut didengar di Mahkamah Persekutuan pada hari yang sama.

Pada prosiding itu kelak, Badan Peguam Malaysia turut dibenar bertindak sebagai sahabat mahkamah (amicus curiae) untuk mengemukakan hujahan kerana kes itu melibatkan isu perlembagaan yang penting.

Ia berkaitan sama ada Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 bercanggah atau bertentangan dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Tarikh itu ditetapkan selepas sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Rasidah Roslee secara dalam talian hari ini manakala pengurusan kes selanjutnya dijadualkan pada 8 Februari tahun depan.

Bekas Perdana Menteri dan anaknya diwakili oleh peguam Wee Yeong Kang manakala Peguam Hasil Al Hummidallah Idrus dan Siti Aisyah Yusoff mewakili LHDN. S. Abhilaash hadir mewakili Badan Peguam Malaysia sebagai sahabat mahkamah pada prosiding itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI