fbpx

JDT, Melaka United kekal rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazwan Bakri meraikan jaringan yang dilakukan untuk menewaskan Sabah FC 2-0 di Stadium Likas sebentar tadi. - FOTO: IHSAN MFL

PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas menewaskan Sabah 2-0 pada aksi Kumpulan D sainga Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad Harimau Selatan berjaya meraih gol awal hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-4 dan Gonzalo Cabrera (m-13) untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam tiga perlawanan setakat ini.

Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, pasukan Melaka United turut meneruskan momentum dengan melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kelantan United 2-1.

Gol-gol jaringan Sang Kancil hadir menerusi Soni Norde pada minit ke-25 dan Adriano (m-54) manakala gol tunggal pasukan pelawat diledak oleh Shuei Fukai sebelum tamat babak pertama.

Sementara itu di Stadium MB Petaling Jaya, kelab Petaling Jaya City (PJ City) melakar kemenangan pertama di pentas Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Liga Premier, Kelantan FC 3-1.

Skuad The Phoenix tidak mempunyai masalah meraih tiga mata berharga hasil dua gol jaringan Darren Lok (m-10 dan m-81) serta Kogileswaran Raj (m-19) manakala pasukan The Red Warriors meraih gol tunggal menerusi Christos Inzidis pda minit ke-36. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI