fbpx

Gagal lapor rasuah, bekas naib presiden bank didenda RM22,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara gagal melapor kesalahan rasuah RM3,000 yang diberikan kepadanya lima tahun lalu, seorang wanita yang juga bekas Naib Presiden Bahagian Perolehan Korporat dan Pemulihan Projek Malaysian Building Society Bhd. (MBSB) didenda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Norhayati Mohd. Daud, 61, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Norhayati didakwa telah melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana tidak melaporkan kesalahan penyogokan kepada pihak SPRM.

Penyogokan itu berhubung tertuduh didakwa sebagai Naib Presiden Bahagian Perolehan Korporat dan Pemulihan Projek, MBSB telah diberikan satu suapan wang berjumlah RM3,000 melalui akaun Malaysia Banking Berhad, Visa Petronas Gold miliknya daripada Pengarah Syarikat Residenmas Development Sdn. Bhd. RDSB, Mohd. Noor Siden, 59.

Rasuah itu kerana tertuduh telah mencadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MBSB untuk meluluskan permohonan menukar financial guarantee (jaminan kewangan) berjumlah RM60 juta kepada bridging loan (pinjaman jangka pendek) berjumlah RM10 juta kepada syarikat RDSB.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Berhad, Card Malaysia di Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini 3 Februari 2016, mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) akta ysama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Norhayati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda tidak melebihi RM10,000 dan menyesal dengan perbuatannya selain dalam kejadian itu dia telah ditipu oleh lelaki berkenaan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata meskipun tertuduh menyesal dengan perbuatannya mahkamah perlu mempertimbangkan jawatan dan amanah yang telah diberikan kepada tertuduh yang mana tertuduh telah mengkhianati jawatan tersebut.

“Hukuman penjara tidak sesuai bagi kesalahan pertama dan ia melibatkan jumlah yang sikit, bagaimanapun mahkamah perlu beri mesej kepada masyarakat untuk melaporkan apa-apa perbuatan rasuah kepada SPRM kerana SPRM tidak boleh bergerak dengan sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI