fbpx

Pokok keladi RM20,000 depan rumah lesap dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenis pokok keladi yang dipercayai hilang dan tular di media sosial

KUALA SELANGOR – Seorang peniaga bunga kerugian RM20,000 selepas dua pokok keladi yang ditanam di hadapan rumahnya hilang dipercayai dicuri di Kampung Bukit Kuching, Jeram hari ini.

Kehilangan dua pokok jenis Colocasia Pharaoh’s Mask dan Alocasia New Guinea Gold 916 disedari oleh mangsa pada pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati kali terakhir pokok itu dilihat pada pukul 2.30 pagi oleh suami mangsa.

Katanya, kedua-dua pokok itu ditanam di dalam pasu dan diletakkan di hadapan rumah mereka.

“Pasangan itu melakukan pemeriksaan di kawasan rumah dan menemui tanah berterabur di laluan jalan kebun milik orang lain di hadapan rumah.

“Bagaimanapun, usaha mereka mencari di kawasan sekitar gagal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa yang menjalankan perniagaan di kawasan rumahnya kerugiaan RM20,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI