BOSTON, MASSCHUSTEES – Seorang pakar bedah di Amerika Syarikat yang meninggalkan pesakitnya di dalam dewan bedah untuk makan tengah hari di dalam kereta sebelum tertidur didenda sebanyak AS$5,000 (RM20,700), lapor akhbar New York Post semalam.
Dr. Tony Tannoury yang merupakan pakar bedah tulang belakang dari Pusat Perubatan Boston (BMC) mengaku kepada Lembaga Pendaftaran Massachusetts dalam Perubatan bahawa dia telah terlepas daripada melakukan pembedahan buku lali kecemasan seorang pesakit pada November 2016.
Menurut perintah persetujuan yang dikeluarkan Isnin lalu, Tannoury yang membawa pesakit ke dalam dewan pembedahan sebagai pakar bedah yang merawat, kemudiannya meninggalkan hospital itu untuk membeli sesuatu untuk dimakan di dalam keretanya, lalu tertidur.
Doktor lelaki berusia 54 tahun itu tidak kembali ke dewan pembedahan sehingga keesokan harinya dan ketua residen terpaksa melakukan pembedahan tersebut.
Tannoury dikenakan denda berjumlah AS$5,000 kerana ‘menghilangkan keyakinan awam terhadap integriti profesion perubatan’.
Dia juga diperintahkan untuk menyelesaikan kursus profesionalisme dan menyemak peraturan untuk penyelia. – AGENSI