fbpx

BNM lancar duit syiling peringatan sempena ulang tahun Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan  pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Ke-50.

Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan terdiri dalam dua denominasi iaitu  duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan juga duit syiling peringatan emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) itu diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 31 gram setiap satu.

Nilai muka duit syiling tersebut adalah RM10 dengan harga jualan RM253 sekeping dan sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

Selain itu, untuk duit syiling peringtatan emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.) pula diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain yang mempunyai berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dengan harga jualan RM13.20 sekeping dan sejumlah 10,000 keping telah ditempa.

Timbalan Gabenor BNM, Marzunisham Omar berkata, bank pusat berbesar hati mengeluarkan duit syiling peringatan dengan rekaan yang menarik ini bagi meraikan ulang tahun jubli emas Perkeso.

“Reka bentuk yang unik ini mencerminkan dan meraikan sumbangan khidmat dan dedikasi Perkeso yang berterusan kepada semua individu yang mendapat perlindungan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, bagi  memberi peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1 iaitu  satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nodic (B.U).

Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI