PETALING JAYA- Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi mengurangkan bebanan rakyat menghadapi pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan melibatkan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak dan lebih selain purata pendapatan bulanan dibawah RM2,500 sebulan.
“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. -K! ONLINE