PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi Pembentangan Bajet 2022 pukul 3 petang tadi.
Tengku Zafrul turun daripada pejabatnya menuju ke lobi utama kementerian sebelum menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail.
Beliau mengenakan baju Melayu berwarna pic lembut (soft peach) lengkap dengan samping sambil memegang beg sampul hitam dengan tenunan emas yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2022.
Turut mengiringi Tengku Zafrul ke Parlimen ialah kedua-dua Timbalannya, Mohd. Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa. – K! ONLINE