fbpx

Bajet 2022: Pekebun kecil dapat bantuan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmaiza (tengah) melihat anak ayam piru pada program Pekebun Kecil Makmur peringkat negeri Perlis, hari ini. GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan musim tengkujuh bagi membantu meringankan beban sara hidup lebih lebih 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM190 juta.

“Kerajaan juga akan memberikan perlindungan takaful kepada semua ahli peladang PPK seluruh Malaysia di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Selanjutnya, bagi menyokong industri kelapa sawit, Kerajaan memperuntukkan 35 juta ringgit bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI