fbpx

Bajet 2022 pastikan momentum pemulihan negara tidak terencat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Bajet 2022 yang diperuntukkan kerajaan iaitu RM332.1 bilion merupakan yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, Bajet 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berpaksikan tiga perkara iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

“Menerusi Bajet 2022 tersebut, kerajaan akan terus komited membantu Keluarga Malaysia yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan, dalam usaha memastikan momentum pemulihan negara akibat krisis pandemik tidak terencat.

“Kerajaan juga akan berusaha memastikan keterangkuman iaitu tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berharap agar Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Katanya, ia sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang memberi jaminan tiada golongan yang terpinggir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI