fbpx

Bajet 2022: Kit kebersihan percuma untuk 130,000 remaja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – kerajaan bersetuju untuk memberikan kit asas secara percuma setiap bulan bagi 130,000 remaja wanita dalam golongan B40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu dilaksanakan bagi membantu golongan wanita yang mempunyai kekangan kewangan dalam mendapatkan kit kebersihan diri seperti tuala wanita dan sebagainya.

“Selain itu juga, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM11 juta subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI