PETALING JAYA- Bantuan tambahan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 sebulan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu, bantuan tambahan sebanyak RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas.
“Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum sebanyak RM2,500.
“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE