PETALING JAYA – Seramai 3 juta pelajar akan menerima RM150 seorang dibawah Bantuan Awal Persekolahan yang diperkenalkan oleh kerajaan sempena Belanjawan 2022.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Dewan Rakyat berkata, bantuan itu memperuntukkan sejumlah RM450 juta.
“Selain itu, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
“Bagi tujuan itu, sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi pemberian tablet, telefon bimbit dan komputer riba kepada pelajar-pelajar golongan B40,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – K! ONLINE