fbpx

ASEAN nyatakan pendirian kukuh banteras aktiviti doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal turut sama menyertai persidangan video yang diadakan hari ini.

PUTRAJAYA – Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) menegaskan pendirian kukuh terhadap usaha membanteras aktiviti doping dalam sukan dengan menyokong penuh memorandum persefahaman (MoU) antara ASEAN dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Kementerian Belia dan Sukan berkata, ASEAN juga memuji usaha berterusan Pertubuhan Anti-Doping Serantau Asia Tenggara (SEARADO) dan Agensi Anti-Doping Jepun (JADA) dalam program-program pembinaan kapasiti bertujuan menggalakkan integriti dalam sukan serta bebas doping.

Menurutnya, selaras dengan MoU antara ASEAN dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), ASEAN berharap dapat meneruskan kerjasama dengan FIFA dalam empat bidang iaitu promosi integriti sukan, sukan untuk pembangunan, program bola sepak untuk sekolah dan pembinaan kapasiti profesional.

“ASEAN menegaskan pendirian kukuh terhadap usaha membanteras aktivit doping dalam sukan dengan menyokong penuh MoU antara ASEAN dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KBS berkata, menerusi mesyuarat Menteri-Menteri Sukan Negara Anggota ASEAN yang diadakan melalui persidangan video yang dipengerusi Singapura memaklumkan Pelan Kerja ASEAN mengenai Sukan 2021-2025 adalah ke arah membudayakan Komuniti ASEAN yang aktif dengan gaya hidup sihat di mana sukan berperanan besar dalam pembangunan sosio-budaya dan memupuk persefahaman dibawah lima bidang keutamaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI