IPOH – Jentera tengah Perak FC mantap kembali dengan kepulangan Sergio Aguero ke pangkuan pasukan untuk pertemuan dengan Terengganu FC dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini
Pemain tengah rajin dari Argentina itu mengalami kecederaan bahu yang teruk hingga tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Selangor FC dan Kuching City FC dalam kumpulan B itu, sebelum ini.
Perkembangan itu melegakan pengendali sementara Perak FC, Mohd. Shahril Nizam Khalil ketika membuat perancangan bagi menghadapi Sang Penyu.
“Aguero sudah pulih sepenuhnya. Saya mencubanya dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan kami.
“Kehadirannya akan mengukuhkan lagi jentera tengah kami untuk digandingkan bersama Fi ( Firdaus Sayadi),” katanya.
Hakikat Perak FC bebas dari kecederaan melegakan Shahril yang berharap tuan rumah berupaya mengutip mata penuh malam ini.
Menurut jurulatih itu berdasarkan persembahan semasa, anak buahnya semakin menunjukkan peningkatan. – K! ONLINE.