PUTRAJAYA – Sebanyak 6,060 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,460,809 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE