fbpx

27 tan tulang ikan tuna disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tulang ikan tuna dari China ditahan Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth pada Selasa lalu.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita sebuah kontena mengandungi tulang ikan tuna sejuk beku semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini Selasa lalu.

Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berkata, produk dari China itu ditahan kerana komoditi yang dibawa masuk tersebut adalah berbeza dengan yang diisytihar pada permit import yang dikeluarkan pihaknya.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tulang ikan tuna sejuk beku tersebut seberat 27,000 kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM362,630.

“Ia ditahan bagi tujuan siasatan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut menambah, pengikraran maklumat yang berbeza dan mengelirukan pada permit import Maqis adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI