fbpx

Dua lori terbalik, trafik perlahan 2 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang terbalik selepas terbabit kemalangan di kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan pagi tadi.

SEREMBAN – Trafik bergerak perlahan sejauh dua kilometer susulan kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di sini, pagi ini.

Kemalangan pada pukul 6.10 pagi itu membabitkan lori masing-masing membawa muatan pendingin hawa dan bunga hiasan.

Menurut Jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat mengenai dua buah lori terbalik di lorong paling perlahan menghala ke arah selatan.

“Polis membuat kawalan lalu lintas di lokasi kejadian. Siasatan awal dipercayai lori membawa muatan pendingin dingin melanggar belakang lori muatan bunga hiasan yang diletakkan di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan.

“Kedua-dua lori terbalik akibat perlanggaran tersebut. Bagaimanapun, pemandu dan kelindan kedua-dua lori tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI