fbpx

11 kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 6,060 kes harian negara yang dilaporkan hari ini.

Kluster tersebut melibatkan empat kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster pendidikan tinggi dan pendidikan lain, dua kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian hari ini, 13 daripadanya kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,460,809 kes.

“Selain itu, sebanyak 105 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan Melaka serta 5,955 kes (98.3 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Kes sembuh merekodkan sebanyak 7,297 kes dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,361,919 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 570 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 300 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI