fbpx

Tujuh lagi PKRC di Kelantan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Kampung Laut, Tumpat merupakan salah satu daripada tujuh PKRC di Kelantan yang akan ditutup dalam masa terdekat.

KOTA BHARU – Tujuh daripada 15 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan dijangka akan ditutup sepenuhnya berikutan kes jangkitan Covid-19 ketika ini menunjukkan penurunan.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, ketujuh-tujuh PKRC itu kini berada dalam keadaan bersedia dan tidak lagi menerima pesakit Covid-19.

Katanya, PKRC yang bakal ditutup adalah Kompleks Serbaguna Gua Musang, Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Pengkalan Chepa), Kompleks Belia Dan Sukan (Panji), Institut Kemahiran Belia Negara (Bachok), Dewan Jubli Perak (Kota Bharu), Kolej Kemahiran Mara (Pasir Mas) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut (Tumpat).

“Setakat ini, kesemua PKRC itu hanya menempatkan seramai 150 orang pesakit berbanding 200 hingga 250 orang sebelum ia akan ditutup sepenuhnya tidak lama lagi.

“Setakat ini, pesakit Covid-19 tahap satu hingga empat dimasukkan ke PKRC manakala tahap lima dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI