fbpx

Tanda harga Bellingham £101 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORTMUND meletakkan tanda harga tinggi ke atas Bellingham selepas pemain antarabangsa England itu menjadi sasaran No.1 pengurus Liverpool, Klopp. – AGENSI

DORTMUND – Gergasi Jerman, Borussia Dortmund meletakkan tanda harga tidak masuk akal buat pemain tengah berusia 18 tahun, Jude Bellingham berjumlah £101 juta (RM576.73 juta).

Ia bagi memastikan tiada mana-mana pasukan terutama jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool cuba ‘memancing’ Bellingham untuk berhijrah pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka Januari depan.

Difahamkan, Bellingham menjadi sasaran No.1 pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas memahat namanya sebagai salah seorang bintang muda di pentas Eropah.

Ia terbukti apabila Bellingham sudah bermain 60 perlawanan bersama Dortmund dalam semua kejohanan dengan menghasilkan tujuh jaringan sejak berhijrah daripada Birmingham City awal musim lalu.

Walaupun baru berusia 18 tahun tetapi Bellingham telah menunjukkan keyakinan dan kematangan permainan yang terbukti ketika dia meledak gol solo menarik menewaskan Arminia Bielefeld 3-1 dalam aksi Bundesliga pada Sabtu lalu.

Biarpun tidak menjaringkan gol tetapi Bellingham sekali lagi mempamerkan kelasnya yang tersendiri ketika membantu Dortmund menewaskan Ingolstadt 2-0 pada pusingan kedua Piala DFB Pokal di Stadium Signal Iduna Park awal pagi semalam.

Difahamkan, tujuan Dortmund meletakkan tanda harga tinggi ke atas Bellingham bagi memastikan ‘pisang tidak berbuah dua kali’ seperti pernah terjadi terhadap bekas bintang mereka, Jadon Sancho.

Sancho berhijrah menyertai Manchester United dengan harga ‘diskaun’ bernilai £73 juta (RM416.84 juta) awal musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI