fbpx

Suri rumah cedera dihempap dahan pokok rhu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyelamatkan Roslina yang dihempap dahan pokok rhu yang patah di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah cedera selepas dihempap dahan pokok rhu ketika berehat di Pantai Batu Burok di sini hari ini.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa, Roslina Mohamed, 50-an, dikatakan sedang duduk di sebuah bangku sebelum dahan pokok terbabit patah secara tiba-tiba.

Anak mangsa, Muhamad Shahrul Azlan Hassan, 25, berkata, mereka sekeluarga tiba di daerah ini dari Kampung Nail, Besut, sejak semalam bagi menemani isterinya yang melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini

Dia berkata, kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan ibunya yang sedang duduk sambil menghubungi seseorang menerusi telefon bimbit tidak sempat mengelak dan menyelamatkan diri.

“Dahan tersebut menghempap bahagian belakang ibu dan saya yang berada berdekatan segera memeluk untuk menenangkannya.

“Pengunjung yang menyedari kejadian itu segera menghubungi ambulans dan ibu kini sedang mendapat rawatan di hospital yang terletak berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan HSNZ di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI