fbpx

Skuad B-22 negara tewaskan Mongolia 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik oleh Facebook Mongolia Football Federation

PETALING JAYA – Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara meletakkan sebelah kaki ke kancah Piala Asia B-23 selepas merekodkan kemenangan kedua berturut-turut dengan menewaskan Mongolia 1-0 pada aksi kelayakan Kumpulan J sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MFF, Ulaanbataar itu, Mongolia yang berjaya mengejutkan Thailand dengan keputusan seri pada aksi pertama mempamerkan rentak cemerlang pada awal saingan dengan melakukan rembatan menerusi pemain utama, Ganbayar Ganbold.

Skuad muda Harimau Malaya yang dibimbing oleh Brad Maloney turut memiliki peluang menerusi ledakan penyerang sensasi, Luqman Hakim Shamsudin tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan tuan rumah.

Gol yang dicari skuad negara akhirnya tiba menerusi ledakan pemain sayap Terengganu FC II (TFC II), Azfar Fikri Azhar selepas menyempurnakan peluang terhidang hasil sepakan penjuru pada minit ke-40.

Barisan pemain negara terus bermotivasi dalam usaha merekodkan kemenangan selain ghairah menambah jaringan tetapi remabat yang dilakukan oleh kapten, Mukhairi Ajmal pada awal babak kedua sedikit tersasar.

Pasukan Mongolia turut memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi gagal menembusi gawang negara yang dikawal cemerlang oleh penjaga gol Perak FC, Azri Ab Ghani.

Peluang terbaik untuk skuad negara menambah gol muncul pada masa kecederaan tetapi rembatan Hakimi Abdullah pada situasi satu lawan satu tidak menemati sasaran dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara kekal mendahului carta Kumpulan J dengan enam mata dan bakal mengharungi aksi terakhir bertemu Thailand pada Ahad ini.

Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejoahanan utama Piala Asia B-23 di Uzbekisktan tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI