fbpx

Saga, X70 dipasang di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HILAL KHAN (lima dari kiri) pada majlis pelancaran kilang baharu Al’Haj Automotive untuk pengeluaran model Proton Saga di Karachi, Pakistan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kenderaan Proton Saga telah berjaya dihasilkan di kilang pengeluaran terbaharu Al’Haj Automotive di Karachi, Pakistan.

Kilang yang bernilai AS$20 juta (RM83 juta) itu memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Hilal Khan Alfridi berkata, kejayaan pemasangan Proton Saga di Pakistan merupakan ke­muncak daripada hasil kerja keras dan penat lelah syarikatnya beserta Proton dan juga pembekal.

“Berdepan dengan segala ke­sukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami terus berusaha untuk membina kilang baharu dan berkeyakinan untuk mencatat piawaian industri baharu.

“Inisiatif ini akan membo­lehkan syarikat memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh Proton,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran kilang oleh Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi baru-baru ini.

Al-Haj Automotive adalah pengedar eksklusif Proton di Pakistan.

Selain itu, Hilal Khan menjelaskan, Proton X70 akan menjadi model kedua dipasang di Pakistan setelah mendapat liputan meluas di negara berkenaan kerana kombinasi reka cipta, teknologi dan ciri keselamatannya.

Model berkenaan dijual sebagai unit model import sepenuhnya (CBU) pada awal dan kini, kenderan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu akan menjadi model kedua yang akan dipasang oleh Al-Haj Automotive dengan jangkaan pelancaran yang dijadualkan pada bulan Disember 2021.

Sebelum bermulanya pemasangan tempatan, sebanyak 154 unit terakhir Proton X70 telah dihantar pada 17 Oktober 2021, menjadikan jumlah eksport mo­del CBU ke negara tersebut adalah sebanyak 602 unit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI