fbpx

Petronas sumbang 51 komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazli (kiri) menyampaikan sumbangan komputer riba dan barangan keperluan kepada Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Amirul Hafiz Ariff merangkap Wakil Rasmi kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, di PKRC Olive, Hospital Permai, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 51 unit komputer riba dan barangan keperluan berjumlah lebih RM140,000 disumbangkan Petronas kepada barisan hadapan bagi melancarkan tugasan menangani kes Covid-19.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Sazli Zakaria berkata, sumbangan itu diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, inisiatif ini bagi menyokong penuh usaha kerajaan dan petugas barisan, seterusnya mencapai imuniti kelompok serta fasa endemik.

Katanya, sumbangan ini diagihkan kepada beberapa lokasi antaranya 20 unit komputer riba, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka bernilai RM51,000 telah diserahkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) Olive, Hospital Permai, pada 20 Oktober lalu.

“PKRC Olive merupakan PKRC kedua di negeri Johor dan mampu menampung sehingga 540 orang pesakit COVID-19 terdiri daripada golongan wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak.

“Pada hari yang sama, Petronas telah menyerahkan sumbangan lima unit komputer riba, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka bernilai RM13,500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar daerah Kota Tinggi.

“Ini termasuklah program ‘Outreach’ dan MOVAK yang diadakan di kawasan felda, perkampungan orang asli, dan juga ladang-ladang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI