fbpx

Perjanjian dagangan ASEAN-India wajar lebih mesra perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia menyarankan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India sewajarnya dijadikan lebih mesra pengguna serta mudah untuk urusan sektor komuniti perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut amat perlu dikaji semula bagi memulihkan kembali kejatuhan teruk perdagangan dengan India sejak tahun lalu.

“India masih lagi kekal sebagai rakan dagangan ASEAN setelah sekian lama, tetapi pandemik Covid-19 menurunkan nilai perniagaan dua hala sekitar 14.9 peratus tahun lepas,” katanya semasa berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-India Ke-18 yang dipengerusikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi secara maya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kedua-dua pihak sepatutnya memerlukan pergerakan ekonomi yang lebih pantas bagi meneroka potensi pemulihan semula pasca wabak Covid-19.

“Sehubungan itu, langkah segera bagi memudahkan birokrasi perjanjian bakal mempercepatkan semula proses pemulihan ekonomi dengan lebih berdaya tahan dan bersepadu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI