fbpx

Perak optimis segera beralih ke Fasa 4 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak dijangka dapat beralih segera ke Fasa 4 PPN berdasarkan capaian imunisasi kelompok semasa. – Gambar hiasan

IPOH – Perak dijangka dapat segera beralih pasa Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi berdasarkan indikator semasa termasuk capaian imuninasi kelompok.

Ia susulan negeri itu mencapai tahap imuniti kelompok dengan 85 peratus individu melengkapkan dos kedua setakat hari ini manakala penggunaan fasiliti rawatan rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, bagaimana pun pematuhan dan disiplin kendiri hendaklah terus dipraktiskan.

Menurut beliau, ini penting bagi mencapai objektif nilai ambang untuk peralihan ke fasa yang berikutnya.

“Peralihan fasa ini perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

“Penilaian faktor risiko semasa akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi proses peralihan ke Fasa 4 PPN,” ujarnya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI