fbpx

Lelaki Myanmar dituduh bunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada 16 Oktober lalu. - NOR AINNA HAMZAH

JELEBU- Seorang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada 16 Oktober lalu.

Tertuduh Maung Thain Khain, 40, tidak memahami kedua-dua pertuduhan iaitu kes bunuh dan memasuki negara tanpa dokumen yang sah dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 November depan sebagai sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 16 Oktober lalu antara pukul 10.04 malam hingga 17 Oktober pukul 3.30 pagi di kilang di Taman Industri Mahsan, Bandar Seri Jempol, dengan sengaja telah menyebabkan kematian kepada Moe Naing, 36.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pada 17 Oktober lalu, kira-kira pukul 6.30 petang, di kilang di Perindustrian Mahsan Bahau bukan warganegara Malaysia telah memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali serta enam kali sebatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI