fbpx

Lelaki lemas terjun jambatan tertekan hutang kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas ditemui mati lemas selepas bertindak terjun dari jabatan muara Sungai Duyong, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas bertindak terjun dari jambatan Muara Sungai Duyong di sini dipercayai gara-gara tertekan untuk membayar hutang rakannya, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berusia 62 tahun ditemui tiga jam kemudian oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, maklumat awal telah diterima daripada orang awam pada pukul 5.55 petang yang terlihat mangsa bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

Katanya, sepasukan polis telah ke lokasi dan mendapati terdapat sebuah motosikal dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan berhampiran jambatan.

“Mangsa dipercayai telah terjun dari jambatan dan pasukan PPDA telah melakukan operasi pencarian bermula pukul 6.35 petang di lokasi dimana saksi terlihat mangsa tenggelam sejauh 100 meter radius.

“Pada pukul 8.43 malam, pasukan PPDA kemudian menemui satu mayat lelaki berpakaian biru dan seluar pendek dalam keadaan tertiarap lebih kurang 40 hingga 50 meter dari tempat mangsa ditemui lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI