fbpx

Jurugambar antara tiga individu ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Idzam (kiri) menunjukkan daun ketum yang berjaya dirampas ketika sidang akhbar, di IPD Cheras, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang jurugambar ‘freelance’ bersama dua rakan menjadikan kenderaan milik sendiri untuk mengedar dadah terbongkar selepas mereka ditahan polis di tepi Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Cheras, dekat sini semalam.

Jurugambar bersama dua rakannya yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel di ibu negara dan penghantar makanan diberkas Ketua Balai Polis Cheras bersama anggota Operasi Pencegahan Jenayah (CPJ) pada pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tangkapan dilakukan selepas pihak polis mendapati kereta jenis Nissan Almera hitam yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan milik salah seorang suspek itu, polis berjaya merampas 500 biji pil disyaki dadah jenis eramin 5 seberat 128.5 gram serta daun ketum seberat satu kilogram (kg).

“Siasatan mendapati kesemua suspek yang berumur lingkungan 19 hingga 37 tahun itu bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel, penghantar makanan dan suspek ketiga merupakan jurugambar ‘freelance’,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek pertama (tukang masak) mempunyai satu rekod jenayah lampau dan suspek kedua (penghantar makanan) mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.

“Nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM7,500 manakala rampasan daun ketum boleh dibekalkan kepada 500 penagih dadah di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 November 2021 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Ujarnya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI