fbpx

Iman Troye rasa diri tak layak masuk AJL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iman merasakan dirinya belum layak bertanding di pentas berprestij, AJL - foto/Faris Rusadio

PETALING JAYA – Biarpun kebanyakan lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai peminat, penyanyi sensasi, Iman Troye merasakan dirinya tidak layak untuk beraksi di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kata pemilik nama sebenar, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin itu,  dia mengibaratkan dirinya masih bertatih dalam bidang seni muzik tanah air dan banyak kelemahan dari segi nyanyian terutamanya perlu diperbaiki.

“Allahuakbar! Yang itu (melangkah ke AJL) masih tak terfikir lagi. Sebenarnya, secara jujur, saya rasa masih belum layak sebab orang cakap pentas AJL itu adalah untuk orang yang betul-betul layak.

“Contoh macam Ernie Zakri dan Aina Abdul dan untuk saya yang masih merangkak ini, saya rasa tidak kot.

“Kalau dapat ke pentas AJL, Alhamdulillah rezeki dan saya akan cuba yang terbaik,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Iman, 19, berkata demikian pada sidang akhbar pelantikan dirinya sebagai duta jenama popular dunia pembelajaran, PTTI dan simbolik pelancaran single terbaharunya, Nang di sebuah hotel terkemuka ibu negara. Turut dilantik sebagai duta ialah penyanyi rap, MK K-Clique.

Dalam pada itu, ditebak pertanyaan berhubung ramai dalam kalangan peminat menyifatkan dirinya sebagai Nabila Razali 2.0 disebabkan populariti mendadak diterimanya, Iman memandang perkara tersebut dari sudut positif dan tidak menafikan sangat meminati keperibadian penyanyi popular itu.

“Bagi saya Kak Bella (Nabila) orang yang sangat baik hati. Dia banyak bagi nasihat dan ajar saya macam-macam. Banyak lagi yang dia (Kak Bella) booleh tunjukkan cuma belum masa lagi.

“Kalau orang cakap saya macam Nabila Razali dan sebagainya, saya ambil dari sudut yang positif sebab dia sangat-sangat baik dan sangat berjaya dalam industri,” ujar Iman yang merupakan pelajar Diploma Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Baru setahun jagung dalam dunia muzik tanah air, Iman Troye yang bernaung di bawah label XO House telah mencatat 4x Platinum bersamaan RM1 juta ringgit dalam jumlah ‘Talent Management Revenue’.

Single perdananya, Teman mencatatkan jumlah tontonan YouTube antara tertinggi dalam tempoh setahun ini bagi penyanyi tempatan iaitu 45 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI