fbpx

Hidangan berasaskan kambing jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIEY menunjukkan hidangan menyelerakan yang mendapat sambutan daripada pengunjung di restoran Westplate Factory, Shah Alam.

BERKUNJUNG ke Westplate Factory, Jalan Pelabur A23-A, Shah Alam, Selangor tidak lengkap tanpa mencuba seleksi hidangan berasaskan kambing yang sangat lazat, lembut dan dimasak dengan ramuan istimewa oleh cef berpengalaman.

Walaupun restoran tersebut memberi fokus kepada masakan Barat, tetapi ekoran menerima permintaan tinggi bagi hidangan kambing, maka pihaknya memperkenalkan pelbagai menu berasaskan daging haiwan itu.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporat AMK Westplate Factory Sdn. Bhd., Eliey Sahad, restoran itu menghidangkan lebih 100 pilihan menu terdiri daripada masakan Barat dan tempatan.

“Antara hidangan signatur di sini ialah gearbox kambing masak merah, lamb stew, lamb chop, lamb shank, nasi goreng kambing, nasi goreng daging, mi goreng mamak, sup cendawan dengan roti bawang putih, chicken chop dan chicken sizzling.

“Kami juga menawarkan aneka pasta seperti aglio pasta seafood, salmon pasta, pasta daging dan pasta kambing,” katanya ketika ditemui di restoran berkenaan baru-baru ini.

MENU gearbox kambing masak merah merupakan hidangan signatur di restoran ini.

Di samping itu, restoran tersebut turut menghidangkan makanan Cina seperti mi hokkien Singapore, yee mee sizzling, seafood sizzling dan mi udang sizzling.

Westplate Factory menyediakan tempat makan yang sangat selesa untuk para pelanggan menjamu selera dan boleh menampung lebih 200 orang pada satu-satu masa.

Eliey berkata, pihaknya turut menyediakan ruang makan berhawa dingin yang mana pelanggan boleh meraikan sambutan hari lahir, minum petang bersama rakan pejabat, makan malam dan sebagainya.

“Kami juga menyediakan perkhidmatan dekorasi dan membantu melancarkan acara yang ingin diraikan di sini.

“Untuk perkhidmatan tersebut, pelanggan perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal,” terangnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Bagi menghiburkan pelanggan yang datang menjamu selera di situ, Westplate Factory turut mempunyai slot busking pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selepas waktu Maghrib sehingga 12 tengah malam.

ANTARA kudap-kudap yang turut dijual kepada pelanggan.

Di samping itu, pelanggan juga boleh menikmati makanan ringan yang turut dijual di situ di bawah jenama Cik Eliey kudap kudappp krup krappp! sambil berborak santai bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Produk yang diasaskan oleh Eliey itu didatangkan dengan pelbagai pilihan perisa seperti bawang putih goreng, kacang goreng, peria original dan peria pedas, popia nestum, kerepek ketam serta kacang goreng kari.

Kudap-kudap itu dijual pada harga RM20 dan ia juga boleh didapati di online menerusi Instagram dan Facbook rasminya iaitu @cikelieykudapkudapkrupkrapp serta Shopee.

Ujar Eliey, produk itu juga boleh didapati di beberapa lokasi terpilih seperti stesen minyak, restoran dan pasar raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI