KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan penurunan harga kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran yang dijangka bermula akhir bulan ini tidak akan mengurangkan fungsi dan keberkesanannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, setiap kit ujian kendiri Covid-19 yang mahu dijual mesti memperoleh kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
“Kit ujian kendiri Covid-19 perlukan kelulusan MDA. Perlu melalui proses penilaian MDA. Selepas diluluskan baru dibenarkan dijual. Kalau tidak diluluskan maka ia suatu untuk dijual.
“Ini bermakna tiada kerisuan. Kit ujian kendiri Covid-19 yang ada cop MDA boleh dibeli dengan senang hati,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE