fbpx

Labur RM200 juta untuk DHL Kuala Lumpur Gateway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo (tiga kanan) melakukan gimik pada Majlis Pecah Tanah DHL Kuala Lumpur Gateway di Kuala Lumpur International Airport Air Cargo Terminal 1 (KACT 1), Sepang hari ini. GAMBAR: FAISOL MUSTAPA

SEPANG – Penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa, DHL Express bakal untuk membina pintu laluan pengisihan jenis automatik penuh pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi pelaburan sebanyak RM200 juta.

Pembinaan kemudahan tersebut terletak di Terminal Kargo Udara KLIA 1 (KACT1) dengan keluasan 13,422 meter persegi serta dijangka siap menjelang suku pertama 2023.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, fasiliti ini bukan sahaja akan menambah saiz kelengkapan DHL Express sedia ada di Kuala Lumpur sebanyak tiga kali ganda, bahkan meningkatkan kapasiti pemprosesan penghantaran sebanyak lebih 400 peratus.

“Kemudahan ini akan dilengkapi dengan sistem pengisihan automatik yang boleh mengendalikan 10,000 bungkusan sejam, 24 jam sehari berbanding dengan 2,400 bungkusan sejam buat masa ini.

“Ia akan menjadi kemudahan pengisihan automatik kedua dalam rangkaian Asia Tenggara DHL Express selepas Singapura,” katanya berucap pada majlis pecah tanah DHL Kuala Lumpur Gateway di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI