fbpx

Datang negara orang, hormatlah peraturan di sini – Mat Dan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT DAN

PETALING JAYA – Pengacara dan selebriti media sosial, Mat Dan menyelar tindakan seorang wanita warga asing yang berdegil enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah semalam sebagai tidak menghormati peraturan di negara orang.

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel James Tyler, 32 menyuarakan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran Instagram malam tadi.

Ujar bekas pengacara program Mat Dan Kaki Jalan itu, wanita berkenaan sepatutnya patuh atau mengikut peraturan dalam negara yang dikunjungi dan bukannya berdegil mahu berlagak sesuka hati.

“Saya terpanggil untuk mengulas isu seorang warga asing yang tengok daripada loghatnya seperti berasal dari United Kingdom (UK)

“Sebenarnya orang UK ada isu dengan orang Muslim kerana di negara mereka Islam diasingkan daripada masyarakat. Namun itu bukan alasan dan bila mereka datang ke negara ini, kenalah ikut peraturan disini,” katanya.

Lelaki kelahiran Bristol, England itu memberitahu wanita tersebut seharusnya beradaptasi dengan peraturan setempat dan tidak membawa gaya hidup di negara asal mereka ke tempat lain.

“Datang ke sini dan nak buat gaya seperti di negara mereka, tidak bolehlah begitu.

“Isu ini nampak kecil tapi bila dia buat begini, kelakuan tersebut menunjukkan contoh orang yang tiada sikap integrasi dalam masyarakat mereka. Jadi, berfikirlah sebelum bersuara,” katanya.

Dalam entri yang sama, bapa bagi dua cahaya mata itu turut menulis dalam kapsyen, jangan keluar rumah sekiranya tidak mahu memakai pelitup muka.

“Tak nak pakai pelitup muka? Tak apa tak nak pakai pun. Duduk seorang diri dalam rumah,” tegasnya.

Semalam, tular video seorang wanita berbangsa asing menuduh mereka yang memakai pelitup muka ini merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih daripada pekerja butik terkenal itu.

Netizen juga memuji tindakan pantas serta tegas pekerja butik yang menghalang wanita berkenaan masuk ke premis tersebut kerana melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

Untuk rekod, Mat Dan mula menjejakkan kaki ke Malaysia sejak 2009, memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya Karief Daniel Abdullah.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3 tahun dan Muhammad Eydan Tyler, 1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI