fbpx

Bomba mungkin beku cuti jika banjir kritikal tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan memakai Pingat Ketua Pengarah Bomba kepada Timbalan Pengarah JBPM Johor, Pauzan Ahmad pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan untuk membekukan cuti keseluruhan anggota sekiranya berdepan dengan situasi banjir yang kritikal pada musim tengkujuh tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, langkah itu bergantung kepada tahap kritikal yang akan dilalui di kawasan yang berisiko seperti di beberapa buah negeri termasuk di Pantai Timur.

Katanya, sekiranya keadaan tidak begitu mendesak, hanya 20 peratus keanggotaan sahaja dibenarkan untuk bercuti selain mendapatkan bantuan JBPM Negeri yang tidak terjejas banjir seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Kita akan lihat indikator keadaan banjir pada ketika itu. Jika keadaannya terlalu teruk, kita terpaksa bekukan cuti keseluruhan anggota di kawasan yang terjejas malah yang tengah bercuti akan dipanggil bekerja.

“Negeri yang tidak terkesan akan membantu di kawasan berisiko tinggi supaya tenaga kerja dan logistik mencukupi. Kita juga akan mendapatkan khidmat bantuan Bomba Komuniti dan Sukarela bagi turut membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020 di sebuah hotel di sini semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI