PUTRAJAYA – Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) mungkin boleh membuka sektor pelancongan sesama sendiri secara selamat.
Saranan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memulihkan kembali industri pelancongan yang hanya melibatkan wilayah di empat negara berkenaan.
“Mari kita meneroka kebarangkalian untuk ada pendekatan seragam yang membenarkan individu lengkap divaksin selepas ini mengembara dengan bebas dan selamat,” katanya.
Sidang kemuncak BIMP-EAGA Ke-14 secara maya itu turut disertai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kerjasama itu dilancarkan pada 1994 melibatkan Brunei, wilayah selatan Filipina; Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Papua di Indonesia serta Sabah, Sarawak dan Labuan di Malaysia. -K! ONLINE